Sesi memanaskan badan (warm-up) dijalankan menyaksikan keterujaan semua peserta daki Broga - diketuai oleh Chief Saiful daripada Putrajaya Adventure Team.
Melalui kawasan ladang kelapa sawit, semak samun dan meredah hutan memberikan pengalaman berbeza. Trek yang sedia ada turut membantu perjalanan. Bagi yang pertama kali mendaki, ianya bagai menguji kecergasan dan kesabaran untuk tiba dipuncak. Manakala bagi yang telah biasa, mereka tidak lokek berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar ketika mendaki. Anak-anak kecil turut memeriahkan perjalanan, malah ada yang turut mengendong bayi sambil mendaki bagi mendapatkan pengalaman berbeza. Tidak hanya ahli KSRUG berada di sini untuk menakluk Broga pada pagi ini, malah turut bersama pelajar-pelajar universiti terdekat serta warga luar yang turut berkongsi minat mendaki.
Keseronokkan pendakian adalah ketika berjaya menakluk puncak. Broga mempunyai 4 puncak. Berada di puncak pertama dan kedua cukup mengharukan bagi yang pertama kali mendaki
, menakluk puncak ketiga dan keempat adalah satu kepuasan.
Pemandangan dari atas bukit Broga ini cukup cantik dengan kehadiran kabus sekitar jam 9.30 pagi sedikit sebanyak membantu meredakan kepenatan.
Sungguh menakjubkan!
Pengalaman semakin mencabar ketika menuruni bukit Broga. Namun semua tidak patah semangat dan meneruskan perjalanan dengan penuh berhati-hati serta rasa puas.
Ada yang tergelincir, tergolek manja dan ada yang memilih untuk menggelongsor turun.
Paling mencabar apabila perlu menggunakan tali untuk menuruni bukit, namun tanah kesat kerana tiada hujan membantu semua ahli untuk turun dengan selamat.
Destinasi seterusnya Jeram Kedah, sekali lagi ahli-ahli KSRUG diuji ketangkasan bila terpaksa meredah perjalanan sejauh 8km untuk ditiba diperkampungan orang asli, untuk berehat dan menikmati hidangan tengah hari sambil merehatkan badan dan dapat mandi manda disini.
Sememangnya pengubat penat lelah, air terjun yang sejuk dan kawasan yang sedikit terpencil, makanan ala-BBQ yang dihidangkan panas-panas begitu membuka selera.
Ada yang tidak melepaskan peluang mandi manda, ada yang hanya merendam kaki sambil menikmati hidangan tengah hari. Ada juga yang meluangkan rasa penat sambil membaca dan menikmati udara segar disekitar kawasan yang penuh hijau ini.

Terima kasih kepada peserta program di atas semangat dan "sportingnya" anda..