Monday 15 April 2013

Ramadan dihormati, Syawal dimuliakan ..
Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group berbesar hati menyumbang tanda ingatan tulus ikhlas sempena Syawal yang bakal menjengah tidak lama lagi dan ingin berkongsi kegembiraan bersama ahli-ahli Kelab yang dikasihi.


Kuih raya tradisional, tat nenas menjadi pilihan dan dikombinasikan dengan kuih raya moden, biskut nestum yang berkhasiat dan menyelerakan untuk disumbangkan kepada ahli-ahli Kelab.
Serunding ayam dan daging turut diselitkan sebagai penyeri bulan mulia, ramadan dan syawal ini.

Seramai 270 orang dimuliakan melalui sumbangan ini. Alhamdulillah, aktiviti disambut baik oleh semua ahli.


WE CARE WE SHARE ... Berkongsi Barakah Ramadan



Ramadan datang lagi ...........



Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group meneruskan tradisi seperti tahun yang lalu dengan berkongsi barakah bersama-sama semua ahli-ahli Kelab dengan mengalu-alukan kedatangan bulan yang mulia, bulan Ramadan dengan pemberian Kurma.




Hampir 270 orang ahli menerima kurma sekotak setiap seorang.  Jualan kurma pada RM11.50 turut dibuka kepada orang ramai serta bukan ahli, dimana hasil daripada jualan kurma itu turut didermakan kepada Surau Mercu.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi di tahun-tahun akan datang. 








Jom Tengok Wayang - IRON MAN 3




Salam sejahtera ahli Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group serta seluruh warga UEM Group Berhad,

 
Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group (KSRUG) ingin mencuri sedikit masa anda bagi mewar-warkan aktiviti Kelab kita yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Semua pasti ternanti-nanti tayangan filem IRON MAN 3 di pawagam.  Kini, KSRUG membantu memudahkan anda seisi keluarga dan sekali lagi berbesar hati menganjurkan program Jom Tengok Wayang :

Tarikh Tayangan    :    1 Mei 2013 (Rabu , bersamaan cuti Hari Buruh)
Jam Tayangan        :    10.30 pagi
Tempat                    :    GSC Signature, The Gardens, Mid Valley

Pawagan yang selesa dipilih dengan tawaran harga yang cukup istimewa untuk ahli dan keluarga.  Mahu lagi?  Setiap tiket disertakan dengan minuman dan bertih jagung (popcorn) percuma - tajaan KSRUG.

Mahu lagi ? Satu pawagam mungkin ditempah khusus untuk anda sekeluarga sekiranya sambutan menggalakkan.

Mahu lagi ?  Tempat terhad dan tertakluk pada siapa cepat dia dapat. 

Apa lagi ?  Tawaran turut dibuka kepada bukan ahli tetapi pekerja UEM Group pada harga menarik.

Rujuk poster untuk makluman harga dan lain-lain terma.

Tarikh tutup penyertaan pada 22 April 2013 (Isnin).  Hantar penyertaan anda dan bayaran kepada Pn Mazian Osman (di tingkat 21 / samb. 6509). 

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah temui wakil AJK KSRUG yang berhampiran anda.  Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai ahli Kelab, borang penyertaan turut dilampirkan untuk perhatian anda.

Mohon war-warkan kepada rakan-rakan ahli yang tidak mempunyai kemudahan emel.

Sekian, Terima kasih di atas sokongan anda.  Wassalam.