10 Mac 2015 menyaksikan wajah-wajah baru dan lama dalam pentadbiran Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group. Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group 2015 - 2016 kini, diterajui oleh :
Puan Roslena Zakaria, selaku Presiden
Pn Noor Aisah Tawab, Naib Presiden
Pn Roseyanti Mansor, Setiausaha I
En Muhammad Halim Mohd Zin, Setiausaha II
En Arvind Raj Rajendren, Bendahari
dan barisan exco AJK iaitu :
1. En Sufian Wahab, dari Bahagian GCC
2. En Abd Bari Yusof, dari Bahagian ICT
3. En Haron Rashid, dari Bahagian GCFA
4. Pn Fazila Hassan, dari Bahagian GRM (Risk)
5. Pn Azlinda Abdoll Jalil, dari Bahagian GPO
6. Cik Siti Aisyah Dzulyadin, dari Bahagian GFN
7. En Sazmy Marifatullah Mohd Azmi, dari Bahagian Admin , yang mana beliau telah pun berpindah tugas di CIMA Berhad.
Beberapa pembaharuan telah dilaksanakan dan aktiviti 2015 biarpun Kelab bermula dengan sedikit perlahan. Antara aktivitinya ialah Pemilihan Wakil Sukan bagi mewakili UEM Group ke Karnival Sukan dan Hari Keluarga UEM Group 2015 di Sunway Lagoon, Sunway sekitar April hingga Mei 2015 :
Futsal Lelaki |
Penyertaan ahli-ahli kelab dan warga kerja UEM Group amat menggalakkan. Antara Sukan yang dipertandingkan adalah Futsal Lelaki dan Wanita, Ping Pong Solo dan Beregu, Badminton Solo dan Beregu, Bola Sepak, Bola Tampar dan Bowling.
UEM Group melalui Pasukan Futsal Lelaki di tempat ke 3 , manakala Futsal Wanita diumumkan Naib Johan pada Karnival Sukan UEM Group. Pasukan Ping Pong dan Badminton sama-sama mendapat tempat ke 4 biarpun pasukan Bowling , Bola Tampar dan Bola Sepak gagal menempah kejayaan.
Pasukan Ping Pong |
Futsal Wanita |
Bola Sepak UEM Group |
Senarai Kontinjen UEM Group - Pasukan Dragon Warriors |
Antara kenangan dicipta, dewan Odyssey dipinjamkan untuk sesi latihan Ping Pong dua minggu sebelum tarikh sebenar pertandingan akhir kerana kesuntukan masa untuk berlatih. Ahli-ahli yang terlibat memperuntukkan 2 jam latihan setiap hari selepas waktu bekerja.
Kelab kemudiannya meneruskan aktiviti santai bersarapan bersama ahli-ahli melalui program "Healthy Breakfast session" sebulan sekali. 2015 hanya memberikan kesempatan 3 atau 4 sesi buat ahli-ahli berkumpul untuk "Sarapan Sihat" bersama-sama berikutan kafeteria tidak mempunyai pengendali sejak September 2015. Usaha tetap dijalankan pada Oktober namun ia tidak meninggalkan kesan baik dan AJK sebulat suara menghentikannya sehingga pengendali kafeteria yang baru beroperasi.
Hidangan sihat paling utama adalah Roti, Telur dan Susu Rendah Lemak |
Berikutan kekangan masa dan tugas, aktiviti yang dijadualkan 2014 kini dilaksanakan pada Ogos 2015, iaitu lawatan rumah bot Hutan Simpan Di Raja Belum, Perak Darul Ridzuan.
Disertai lebih kurang 40 ahli Kelab bersama keluarga mereka di dalam lawatan rumah bot Royal Belum sempena cuti hari Kemerdekaan.
Lawatan membawa bersama sumbangan untuk lebih kurang 40 keluarga penduduk kampong Orang Asli di dua (2) perkampungan di samping beberapa aktiviti santai bersama anak-anak penduduk kampong orang asli direncanakan.
Pengembaraan di Hutan Simpan Belum juga memberikan pengalaman baru kepada semua peserta menjejak bunga Rafflesia, tempat haiwan liar mendapatkan sumber air, air terjun Sg Ruok dan trekking hutan sebelum singgah mandi manda di Sungai Papan, Belum Perak.
Sebahagian daripada rakan ahli-ahli beserta Keluarga mereka ketika mula melangkah ke rumah bot di Banding, Perak ini. Manakala yang lain masih sibuk menyimpan barang-barang di unit/dorm masing-masing.
Tanggung jawab sosial bersama masyarakat kampong Orang Asli Jhai diteruskan berikutan cuaca baik. Program santai bersama anak-anak kampong orang asli dan ahli Kelab beserta keluarga mereka benar-benar mengecilkan jurang antara dua kaum ini.
Mereka yang mulanya malu-malu ketika kumpulan ahli tiba, akhirnya mampu berseronok dengan permainan yang diaturkan. Sumbangan beras, gula, tepung, kopi dan teh turut diberikan kepada setiap keluarga yang ada bagi meringankan beban, sementelah kawasan perumahan mereka masih dalam pembinaan semula kerana banjir setahun lalu telah memusnahkan hampir keseluruhan tempat kediaman mereka.
Sambutan bunga api Malam Kemerdekaan |
Pemandangan sesudah hujan |
Aktiviti berkayak |
Mandi manda di Air Terjun RUOK |
Trekking Rafflesia |
|
Aktiviti Berakit |
Ahli-ahli berkumpul di bangunan Nexus Bangsar South seawal jam 7.00 pagi. Sebaik semua peserta seramai 1,500 orang berkumpul, muzik rancak berkumandang mengacarakan senam robik sebagai pemanas badan.
Biarpun cuaca jerebu sedikit mengganggu, namun ia tidak melelahkan semangat peserta yang hadir.
Laluan mendaki jalan berbukit dan menuruni bukit nyata tidak sedikit pun menggugat semangat mereka yang menyertai program "Jalan Amal" ini.
Antara peserta kalangan ahli dan AJK yang menyertai larian mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group.
Larian Amal ini adalah usaha Badan-badan NGO dalam kempen kesedaran kanser. Hampir 2,000 peserta pelbagai kaum dan usia menyertai larian/jalan amal sejauh 7km ini.
Peserta larian/jalan kaki amal ini turut dibekalkan rambut palsu bewarna merah jambu sebagai tanda setuju menyertai kempen kesedaran kanser ini.
Sesi Senam Robik - memanaskan badan |
Wajah kepenatan yang nyata berbaloi. Terima kasih semua!
Menutup tirai 2015, dua aktiviti terpaksa dibatalkan berikutan musim cuti sekolah dan faktor cuaca yang membataskan jadual perjalanan.
Namun, semoga 2016 menjanjikan perjalanan hari-hari yang lebih baik dan penuh pengembaraan buat semua rakan ahli-ahli Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group .
Melepaskan 2015 dengan penuh keceriaan dan memori indah, AJK KSRUG dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 dan berharap semua rakan ahli akan terus setia memberikan dorongan dan sokongan dalam setiap program yang bakal dilaksanakan akan datang.
Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga.