Setiap kali menjelmanya Ramadhan, pastinya buah kurma dan juga bubur lambuk menjadi perhatian umat Islam di rantau ini.
Buah kurma; buah kegemaran Nabi Muhammad s.aw. yang mempunyai seribu satu khasiat, juga bubur lambuk yang merupakan juadah teristimewa di bulan Ramadhan telah diagih-agihkan kepada ahli kelab yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Bulan Ramadhan 2011 telah diakhiri dengan pemberian sumbangan lebih 200 bungkus Bubur Lambuk yang dimasak khas buat ahli Kelab.
Presiden Kelab, En Farzi Shah beserta Jawatankuasa yang lain telah bersama-sama ‘turun padang’ dan berkunjung ke setiap tingkat di Mercu UEM pada 23 Ogos untuk menyampai sumbangan ikhlas ini. Semoga tradisi ini dapat diteruskan di Ramadhan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment