Daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group |
Tuesday, 23 August 2011
Wednesday, 17 August 2011
Aktiviti July 2011: Cupcakes oleh Datin Mary Zain
Bulan Julai, Bulan yang penuh dengan aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group. Setelah terlaksananya program lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan program jom wayang, pada hari Jumaat bersamaan 15 hari bulan Julai 2011, bertempat di cafeteria tingkat 9 mercu UEM, Kelab Sukan meneruskan aktivitinya dengan program dekorasi cupcake oleh Datin Mary Zain.
Program yang dirancang bertujuan untuk memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada ahli kelab sukan, khususnya bagi ahli wanita di kelab sukan ini agar dapat mempelajari teknik-teknik dan peralatan yang digunakan untuk mendekorasi atau menghias cupcake. Seramai hampir 40 orang peserta telah menyertai program ini. Tepat jam 5.30 petang, program dekorasi ini dimulakan. Kelihatan peserta-peserta begitu teruja untuk melibatkan diri didalam program ini.
Program dimulakan dengan pengenalan oleh datin Mary Zain atau nama sebenarnya Seri Ervienawaty Mat Zain mengenai cara-cara untuk menyediakan cupcake dengan baik dan mengenai perkakasan yang akan digunakan untuk mendekorasi cupcake.
Dekorasi dimulakan dengan mempelajari teknik-teknik untuk menghias cupcake menggunakan icing. Bagi peserta yang pertama kali mencuba, mereka dapat mengenali jenis-jenis nozel, tips-tips untuk mendekorasi, cara menggunakan piping bag dan pelbagai teknik-teknik yang menarik. Keterujaan dan keghairahan peserta mendekorasi menggamatkan lagi suasana program pada hari itu. Antara corak-corak yang digunakan untuk medekorasi terdiri dari corak tumbuhan dan corak geometri.
Setelah selesai mempelajari teknik menggunakan icing, program diteruskan dengan mempelajari teknik menggunakan fondant pula. Peserta dapat mengetahui cara untuk menyediakan fondant dan teknik yang betul untuk menggubah fondant. Antara bentuk yang dipelajari dan digunakan terdiri dari bentuk flora dan fauna. Menggubah fondant yang diperbuat daripada gula untuk menjadi bentuk yang di ingini oleh peserta adalah sesuatu yang amat menarik untuk dipelajari.
Lebih kurang jam 7.00 petang, program ini ditamatkan. Cupcake yang telah pun dihias, diberikan dan dibawa pulang oleh peserta program dekorasi ini. Diharap program ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada ahli-ahli yang menyertainya. Dari pihak AJK kelab sukan dan rekreasi UEM Group, kami amat berterima kasih kepada pihak cafeteria dan pihak-pihak yang terbabit atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.
Kepada peserta yang menyertai program ini diharap semuanya ceria dan bergembira pada hari itu. Teruskan dalam menyertai dan memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group.

Aktiviti July 2011: Jom ke Melaka!
Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group telah melaksanakan aktiviti “Jom Lawat Melaka” pada 2hb Julai dan 3hb Julai 2011 sebagai salah satu destinasi lawatan pada tahun ini. Lawatan ini telah disertai hampir 40 orang peserta termasuk ahli Kelab dan keluarga.
Diantara objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta menimba seberapa banyak ilmu dan pengetahuan melalui pengalaman melawat ke sesuatu tempat.
Semua peserta telah berkumpul seawal 7.00pagi di Laman Ilmu UEM, Petaling Jaya dan bertolak pada jam 8.30 pagi dengan menaiki sebuah bas pesiaran yang disewa khas oleh pihak Kelab. Rombongan singgah di Hentian Sebelah Nilai untuk bersarapan pagi , seterusnya meneruskan perjalanan ke Melaka dan sampai di Bandar Hilir Melaka pada jam 10.00 pagi.
Peserta lawatan pertamanya telah dibawa menaiki River Cruise sambil menikmati pemandangan indah sungai Melaka yang sekarang terkenal dengan nama “Venice of Asia”. Kalau dahulu ia hanyalah sebatang sungai yang tercemar dengan sisa kumbahan dan sampah, namun kini sungai Melaka menjadi destinasi popular yang dikunjungi. Dalam tempoh 45 minit perjalanan pergi-balik, perjalanan menaiki bot Melaka River Cruise akan diberi penerangan mengenai produk pelancongan yang terdapat di sepanjang laluan termasuk kampung Morten, sebuah perkampungan Melayu yang masih mengekalkan rumah tradisional Melaka di tengah-tengah Bandaraya Warisan Dunia.
Rombongan turut berpeluang melihat Menara Taming Sari, mercu tanda bentuk keris Hang Tuah, sambil disajikan dan diterangkan mengenai sejarah dan bangunan peninggalan sejarah terutamanya Bangunan Stadhuys, A’Famosa serta Bukit St. Paul.
Seterusnya, peserta dibawa ke Muzium Kesultanan Melaka dimana bangunan muzium itu sendiri adalah sebuah replika sebenar Istana Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu.
Tepat jam 5.00 petang, peserta telah bertolak ke Kemunting Beach Resort, destinasi penginapan peserta yang terletak di pantai Pengkalan Balak. Pada waktu malam, peserta telah disajikan dengan hidangan makan malam ala BBQ sambil menikmati udara segar yang datangnya dari arah laut.
Keesokan harinya, setelah bersarapan, peserta telah dibawa singgah ke gerai Asam Pedas dan meneruskan perjalanan ke Port Dickson melalui jalan pesisir pantai. Peserta seterusnya dibawa ke Muzium Angkatan Tentera Darat Malaysia. Sebaik melangkah ke Muzium Tentera Darat di sini, hati terasa bagaikan sebahagian daripada 'keluarga' Angkatan Tentera Darat Malaysia (ATDM). Dengan bantuan pemandu pelancong muzium, Koperal Kamarul Fadzli, peserta telah dibawa untuk mengamati kisah perjuangan, keringat, darah, nyawa dan pejuang ATDM. Pastinya tidak akan membuatkan sesiapa pun merasa bosan ketika menyingkap kembali pelbagai khazanah, artifak, koleksi dan peralatan ketenteraan.
Selepas lawatan , peserta dibawa makan tengahari. Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur berakhir dengan selamat dan tiba di Laman Ilmu UEM pada jam 5.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Nantikan program seterusnya daripada Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group. Dan kepada yang belum menjadi ahli, temui wakil AJK Kelab untuk mendaftar.
Subscribe to:
Posts (Atom)