Bulan Julai, Bulan yang penuh dengan aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group. Setelah terlaksananya program lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan program jom wayang, pada hari Jumaat bersamaan 15 hari bulan Julai 2011, bertempat di cafeteria tingkat 9 mercu UEM, Kelab Sukan meneruskan aktivitinya dengan program dekorasi cupcake oleh Datin Mary Zain.
Program yang dirancang bertujuan untuk memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada ahli kelab sukan, khususnya bagi ahli wanita di kelab sukan ini agar dapat mempelajari teknik-teknik dan peralatan yang digunakan untuk mendekorasi atau menghias cupcake. Seramai hampir 40 orang peserta telah menyertai program ini. Tepat jam 5.30 petang, program dekorasi ini dimulakan. Kelihatan peserta-peserta begitu teruja untuk melibatkan diri didalam program ini.
Program dimulakan dengan pengenalan oleh datin Mary Zain atau nama sebenarnya Seri Ervienawaty Mat Zain mengenai cara-cara untuk menyediakan cupcake dengan baik dan mengenai perkakasan yang akan digunakan untuk mendekorasi cupcake.
Dekorasi dimulakan dengan mempelajari teknik-teknik untuk menghias cupcake menggunakan icing. Bagi peserta yang pertama kali mencuba, mereka dapat mengenali jenis-jenis nozel, tips-tips untuk mendekorasi, cara menggunakan piping bag dan pelbagai teknik-teknik yang menarik. Keterujaan dan keghairahan peserta mendekorasi menggamatkan lagi suasana program pada hari itu. Antara corak-corak yang digunakan untuk medekorasi terdiri dari corak tumbuhan dan corak geometri.
Setelah selesai mempelajari teknik menggunakan icing, program diteruskan dengan mempelajari teknik menggunakan fondant pula. Peserta dapat mengetahui cara untuk menyediakan fondant dan teknik yang betul untuk menggubah fondant. Antara bentuk yang dipelajari dan digunakan terdiri dari bentuk flora dan fauna. Menggubah fondant yang diperbuat daripada gula untuk menjadi bentuk yang di ingini oleh peserta adalah sesuatu yang amat menarik untuk dipelajari.
Lebih kurang jam 7.00 petang, program ini ditamatkan. Cupcake yang telah pun dihias, diberikan dan dibawa pulang oleh peserta program dekorasi ini. Diharap program ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada ahli-ahli yang menyertainya. Dari pihak AJK kelab sukan dan rekreasi UEM Group, kami amat berterima kasih kepada pihak cafeteria dan pihak-pihak yang terbabit atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.
Kepada peserta yang menyertai program ini diharap semuanya ceria dan bergembira pada hari itu. Teruskan dalam menyertai dan memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group.
No comments:
Post a Comment