Thursday 31 May 2018

Buah tangan Tahun Baru 2016

Buah Tangan kenangan 2016 

Payung antara gaget  penting dalam kehidupan seharian dengan kegunaannya untuk kita berlindung dari panas dan hujan. 

Pilihan penghargaan kali ini diharapkan sangat berguna dan tahan lasak.  Sinonim teman setia dikala panas dan hujan, ia diundi sebagai permintaan 'hot stuff' daripada rakan-rakan ahli. 

Sebagai penghargaan di atas kesetiaan rakan-rakan ahli Kelab, Kelab berbesar  hati menghadiahkan rakan ahli sekaki payung.  Hampir 400 kaki payung diedarkan kepada rakan ahli bagi tahun 2016.  


Hampir 400 kaki payung diedarkan kepada rakan ahli bagi tahun 2016.  




Rakan ahli menandatangan pengesahan penerimaan saguhati




Sumbangan daripada kalangan ahli-ahli baru dan lama sangat membantu Kelab maju ke hadapan dengan aktiviti yang lebih membina dan meriah.  Tidak ketinggalan abang-abang dan kakak-kakak senior kita yang begitu setia. 

Abang-abang dan kakak-kakak , teruskanlah kongsikan ide aktiviti dan program yang ingin  diketengahkan ya ? 


Terima kasih di atas sokongan rakan ahli yang dihormati dan teruskanlah memberi sokongan kepada perwakilan AJK Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group.






No comments:

Post a Comment