Monday 16 April 2012

Tahun 2011, dengan tema “A Fresh Approach”, kita telah mengorak langkah merancang dan melaksanakan banyak aktiviti yang menjurus kepada aktiviti berkonsep “keluarga” bagi merapatkan kembali hubungan dan siraturrahim sesama ahli. Ini kita dapat lihat sepanjang tahun 2011, kita lebih banyak merancang dan menjayakan aktiviti-aktiviti berbentuk rekreasi berbanding aktiviti sukan.
Alhamdulillah, sepanjang perlaksanaan aktiviti berkonsep “keluarga” ini, kita dapat melihat penglibatan ahli kelab kepada aktiviti kelab semakin tinggi, malah penglibatan daripada ahli keluarga dari kalangan ahli kelab sendiri bertambah. Ini kita dapat lihat daripada jumlah peserta yang berdaftar dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Lonjakan keahlian kelab juga dapat dilihat naik sebanyak 12% (235 ahli pada Oktober 2010 berbanding 263 ahli pada Disember tahun 2011). 
Sebanyak 16 aktiviti telah kita rancangkan pada tahun 2011. Pun begitu, kami telah berjaya melaksanakan sebanyak 14 aktiviti dengan jayanya bermula dengan pertandingan mencipta logo kelab sehinggalah  program pertandingan boling pada akhir tahun 2011 baru-baru ini.
Kita telah melaksanakan beberapa initiatif baru kepada Kelab; iaitu buat kali pertamanya sejak tahun 1986, kelab telah mempunyai logo kelab yang tersendiri yang bakal didaftar selepas ini. Logo kelab ini telah diadaptasikan di dalam semua urusan dan promosi kelab. Malah ianya telah menjadi satu identiti khas kepada kelab yang boleh dibanggakan oleh setiap ahli.  Kedua, kita telah melaksanakan sistem perhubungan kepada ahli yang lebih cekap dengan mengendalikan sistem emel kelab, uemsportsclub@uemnet.com dan juga portal laporan aktiviti kelab di www.kelabsukanuemgroup.blogspot.com . Ianya adalah suatu medium komunikasi yang amat perlu dimana komen-komen dan cadangan-cadangan ahli dapat disalurkan terus kepada pengurusan kelab.   
Lebaran tahun 2011 telah berakhir. Secara keseluruhannya, perancangan dan perlaksaan aktiviti serta initiatif-initiatif yang diterjemahkan di atas tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya jika Ahli Jawatankuasa Kelab yang dilantik tidak menunjukkan komitmen dan kerja yang jitu dalam menjayakan setiap aktiviti yang dilaksanakan.  Terima kasih Ahli Jawatankuasa dan terima kasih juga kepada rakan-rakan ahli yang setia bersama-sama Kelab kita.

Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment