Friday, 8 April 2016

Healthy Breakfast 02/2016 - 17 Februari 2016

Menyahut seruan amalan hidup sihat, Kelab sekali lagi mengetengahkan sesi sarapan bersama sebagai aktiviti rutin setiap bulan (kecuali bulan puasa ya?).  17 Februari 2016 merupakan kesempatan kedua (Sesi 02/2016) yang mendapat sambutan daripada kalangan ahli. 
 


Program ini memberi kesempatan kepada rakan-rakan ahli untuk bersarapan secara sihat dan muafakat ini turut memberi ruang dan menjadi titik tolak peluang AJK mendengar suara dan pendapat mereka, saranan serta usul daripada mereka.








Program ini menerima kunjungan daripada 88 orang rakan ahli di bangunan Mercu UEM, seawal jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.  Berikut dikongsikan wajah-wajah ceria mereka yang hadir memeriahkan ..

 

Roti bakar

Antara hidangan yang disediakan sandwich tuna dan telur, salad organic serta buah-buahan.

Susu rendah lemak adalah pilihan utama selain jus buah-buahan segar turut disediakan.



Meskipun mereka saling mengenali dan bekerja di dalam bangunan yang sama, hanya tingkat yang berlainan..  Inilah kesempatan masa mereka berpeluang bertegur sapa dan bertanya khabar sesama mereka.


Peluang sarapan dan berbual dengan rakan ahli yang lain
  

  
              
Salad segar dan buah-buahan jadi pilihan
Antara hidangan lain adalah bubur nasi













Terima kasih kerana memeriahkan ...
Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga daripada AJK KSRUG anda

Nantikan sesi akan dating dengan menu sarapan sihat yang lebih  pelbagai dan istimewa..

Highway Tournament - Invitation by LLM


 
On 27th March 2016, UEM Group Sports & Recreation Club received an invitation from Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) to participate in the inaugural Dart Ping Pong Carrom (DPC) Highway 2016 Tournament. The invitation was extended from Group Business Development (GBD).




Players warming-up before the start of the tournament


A team of 8 players represented UEM Group to participate in the Ping Pong tournament, mainly from the players’ list following the UEM Group Sports Carnival held in April 2015. 

The team comprised of the following:

1.       Azman Yunus (Manager)

2.       Md Hisham Md Yusop

3.       Haron Rashid

4.       Halim Zin

5.       Aqif Suhaimee

6.       Rahayu Md Radzi

7.       Intan Amiza

8.       Aina Nadirah




Azman and Aqif concentrating on the ball during the match against DUKE Highway
The remaining 8 teams into the quarterfinals
 

















The event held in Dewan Serbaguna LLM in Kajang started early in the morning as the participants arrived as early as 8.30am on the Sunday morning. Among the companies which participated in this tournament include the likes of LLM, SMART Tunnel, PLUS Malaysia, DUKE Highway, Touch n GO, ANIH, UEM Edgenta and Grand Saga.


In the group stage, the contingent was drawn into the same group as DUKE Highway and SKVE Highway. The first match against DUKE resulted in a close 3-2 loss, with the two wins coming from the men’s Double pair of Haron & Halim and women’s double Pair of Rahayu and Aina. The following match against SKVE saw our contingent triumphing with a 4-1 score, thus advancing into the quarter final stages.

Players having lunch at UNITEN Bangi before the quarter-final actions in the afternoon
The excitement continued into the afternoon as the sudden-death round commenced after 2.30pm. After finishing second place in the earlier group stages, UEM Group was drawn against SMART Tunnel. The 3-0 loss to SMART Tunnel definitely did not reflect the blood, sweat and tears being brought onto the table as we were clearly the underdog in this match.
 Final photo of the day, big smiles all over despite the loss to SMART Tunnel, which became the eventual champion of the tournament


Players giving support to fellow contingent members.
The overall result for the DPC Highway Tournament is as follow:
Champion: SMART Tunnel
Runner-up: PLUS Malaysia
3rd place: ANIH Berhad
4th place: LLM
 
 



Wednesday, 6 April 2016

Healthy Breakfast 01/2016 .. suatu permulaan tahun baru


Minda kekal cerdas dan fizikal semakin cergas bermula dengan sarapan sihat setiap pagi.

Tanggal 28 Januari 2016, Kelab telah memanaskan program dengan mewarnakan 2016 melalui program santai sambil bersarapan bersama rakan-rakan ahli melalui "Healthy Breakfast".

Program ini menerima kunjungan daripada 92 orang rakan ahli di bangunan Mercu UEM, seawal jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.








Rakan-rakan ahli turut meraikan upacara penyampaian hadiah kepada Pemenang-pemenang pertandingan Bowling antara Division yang telah tertunda berikutan masa yang tidak mengizinkan.  Group Business Development membawa pulang trofi kemenangan bersama wang tunai RM300.00 di tempat pertama, manakala Group Admin membawa pulang trofi beserta wang tunai RM200.00 dan Group Corporate Communication membawa pulang trofi beserta wang tunai RM100.00.  Turut mendapat trofi penghargaan adalah pemboling jatuhan pin terbanyak kategori wanita , dimenangi oleh Cik Norwidayah Bachok dr Group Admin dan bagi kategori lelaki ia dimenangi oleh En Mohamed Abdullah Leman dari pejabat Group MD/CEO.


 
 



Rata-rata rakan ahli Kelab berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan lebih kerap.  Program seumpama ini dirasakan memberikan ruang jalinan ukhuwah sesama rakan ahli di samping saling ingat mengingatkan sesama kita saranan kerajaan akan pentingnya penjagaan kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Semoga bertemu lagi di sesi akan datang.

Monday, 18 January 2016

#Throwback 2015


10 Mac 2015 menyaksikan wajah-wajah baru dan lama dalam pentadbiran Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group.  Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group 2015 - 2016 kini, diterajui oleh :
 
Puan Roslena Zakaria, selaku Presiden
Pn Noor Aisah Tawab, Naib Presiden
Pn Roseyanti Mansor, Setiausaha I
En Muhammad Halim Mohd Zin, Setiausaha II
En Arvind Raj Rajendren, Bendahari
 
dan barisan exco AJK iaitu :
 
1.  En Sufian Wahab, dari Bahagian GCC
2.  En Abd Bari Yusof, dari Bahagian ICT
3.  En Haron Rashid, dari Bahagian GCFA
4.  Pn Fazila Hassan, dari Bahagian GRM (Risk)
5.  Pn Azlinda Abdoll Jalil, dari Bahagian GPO
6.  Cik Siti Aisyah Dzulyadin, dari Bahagian GFN
7.  En Sazmy Marifatullah Mohd Azmi, dari Bahagian Admin , yang mana beliau telah pun berpindah tugas di CIMA Berhad.
 
Beberapa pembaharuan telah dilaksanakan dan aktiviti 2015 biarpun Kelab bermula dengan sedikit perlahan. Antara aktivitinya ialah Pemilihan Wakil Sukan bagi mewakili UEM Group ke Karnival Sukan dan Hari Keluarga UEM Group 2015 di Sunway Lagoon, Sunway sekitar April hingga Mei 2015 :


Futsal Lelaki
 

Penyertaan ahli-ahli kelab dan warga kerja UEM Group amat menggalakkan.  Antara Sukan yang dipertandingkan adalah Futsal Lelaki dan Wanita, Ping Pong Solo dan Beregu, Badminton Solo dan Beregu, Bola Sepak, Bola Tampar dan Bowling.
 
UEM Group melalui Pasukan Futsal Lelaki di tempat ke 3 , manakala Futsal Wanita diumumkan Naib Johan pada Karnival Sukan UEM Group.  Pasukan Ping Pong dan Badminton sama-sama mendapat tempat ke 4 biarpun pasukan Bowling , Bola Tampar dan Bola Sepak gagal menempah kejayaan.

Pasukan Ping Pong
Futsal Wanita
Bola Sepak UEM Group

Senarai Kontinjen UEM Group - Pasukan Dragon Warriors


  Antara kenangan dicipta, dewan Odyssey dipinjamkan untuk sesi latihan Ping Pong dua minggu sebelum tarikh sebenar pertandingan akhir kerana kesuntukan masa untuk berlatih.  Ahli-ahli yang terlibat memperuntukkan 2 jam latihan setiap hari selepas waktu bekerja.
 
 
Kelab kemudiannya meneruskan aktiviti santai bersarapan bersama ahli-ahli melalui program "Healthy Breakfast session" sebulan sekali. 2015 hanya memberikan kesempatan 3 atau 4 sesi buat ahli-ahli berkumpul untuk "Sarapan Sihat" bersama-sama berikutan kafeteria tidak mempunyai pengendali sejak September 2015. Usaha tetap dijalankan pada Oktober namun ia tidak meninggalkan kesan baik dan AJK sebulat suara menghentikannya sehingga pengendali kafeteria yang baru beroperasi. 
 

Hidangan sihat paling utama adalah Roti, Telur dan Susu Rendah Lemak

Berikutan kekangan masa dan tugas, aktiviti yang dijadualkan 2014 kini dilaksanakan pada Ogos 2015, iaitu lawatan rumah bot Hutan Simpan Di Raja Belum, Perak Darul Ridzuan.
Disertai lebih kurang 40 ahli Kelab bersama keluarga mereka di dalam lawatan rumah bot Royal Belum sempena cuti hari Kemerdekaan.
 
Lawatan membawa bersama sumbangan untuk lebih kurang 40 keluarga penduduk kampong Orang Asli di dua (2) perkampungan di samping beberapa aktiviti santai bersama anak-anak penduduk kampong orang asli direncanakan.
 
Pengembaraan di Hutan Simpan Belum juga memberikan pengalaman baru kepada semua peserta menjejak bunga Rafflesia, tempat haiwan liar mendapatkan sumber air, air terjun Sg Ruok dan trekking hutan sebelum singgah mandi manda di Sungai Papan, Belum Perak.


 

Sebahagian daripada rakan ahli-ahli beserta Keluarga mereka ketika mula melangkah ke rumah bot di Banding, Perak ini.   Manakala yang lain masih sibuk menyimpan barang-barang di unit/dorm masing-masing. 

Tanggung jawab sosial bersama masyarakat kampong Orang Asli Jhai diteruskan berikutan cuaca baik.  Program santai bersama anak-anak kampong orang asli dan ahli Kelab beserta keluarga mereka benar-benar mengecilkan jurang antara dua kaum ini. 
 
Mereka yang mulanya malu-malu ketika kumpulan ahli tiba, akhirnya mampu berseronok  dengan permainan yang diaturkan.  Sumbangan beras, gula, tepung, kopi dan teh turut diberikan kepada setiap keluarga yang ada bagi meringankan beban, sementelah kawasan perumahan mereka masih dalam pembinaan semula kerana banjir setahun lalu telah memusnahkan hampir keseluruhan tempat kediaman mereka.

Sambutan bunga api Malam Kemerdekaan

Pemandangan sesudah hujan
Aktiviti berkayak
Mandi manda di Air Terjun RUOK


Trekking Rafflesia


  
Aktiviti Berakit
Memperkenalkan larian Amal sebagai usaha untuk memartabatkan sukan di hati ahli-ahli Kelab selain mengetengahkan riadah ini sebagai langkah mengekalkan kecergasan dan kesihatan yang berterusan, Kelab berbesar hati menaja penyertaan Jalan Amal "Nexus Charity Walk" di Bangsar South pada 12 September 2015 sejauh 4.7 km  dan Kelab sempat menaja satu lagi larian Amal "Pink-Wig-Athon" pada 27 September 2015 sebelum keadaan cuaca jerebu bertambah buruk ketika itu.


Ahli-ahli berkumpul di bangunan Nexus Bangsar South seawal jam 7.00 pagi.  Sebaik semua peserta seramai 1,500 orang berkumpul, muzik rancak berkumandang mengacarakan senam robik sebagai pemanas badan.
 
 
 
Biarpun cuaca jerebu sedikit mengganggu, namun ia tidak melelahkan semangat peserta yang hadir.

Laluan mendaki jalan berbukit dan menuruni bukit nyata tidak sedikit pun menggugat semangat mereka yang menyertai program "Jalan Amal" ini.
Antara peserta kalangan ahli dan AJK yang menyertai larian mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi UEM Group.

Larian Amal ini adalah usaha Badan-badan NGO dalam kempen kesedaran kanser.  Hampir 2,000 peserta pelbagai kaum dan usia menyertai larian/jalan amal sejauh  7km ini. 

Peserta larian/jalan kaki amal ini turut dibekalkan rambut palsu bewarna merah jambu sebagai tanda setuju menyertai kempen kesedaran kanser ini.
Sesi Senam Robik - memanaskan badan


Photo-booth turut disediakan buat mereka yang mahu bergambar dan berkongsi cerita melalui visual.
 
Wajah kepenatan yang nyata berbaloi. Terima kasih semua!
Menutup tirai 2015, dua aktiviti terpaksa dibatalkan berikutan musim cuti sekolah dan faktor cuaca yang membataskan jadual perjalanan.
Namun, semoga 2016 menjanjikan perjalanan hari-hari yang lebih baik dan penuh pengembaraan buat semua rakan ahli-ahli Kelab Sukan & Rekreasi UEM Group .
 
Melepaskan 2015 dengan penuh keceriaan dan memori indah, AJK KSRUG dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 dan berharap semua rakan ahli akan terus setia memberikan dorongan dan sokongan dalam setiap program yang bakal dilaksanakan akan datang.
Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga.