Friday, 8 April 2016

Healthy Breakfast 02/2016 - 17 Februari 2016

Menyahut seruan amalan hidup sihat, Kelab sekali lagi mengetengahkan sesi sarapan bersama sebagai aktiviti rutin setiap bulan (kecuali bulan puasa ya?).  17 Februari 2016 merupakan kesempatan kedua (Sesi 02/2016) yang mendapat sambutan daripada kalangan ahli. 
 


Program ini memberi kesempatan kepada rakan-rakan ahli untuk bersarapan secara sihat dan muafakat ini turut memberi ruang dan menjadi titik tolak peluang AJK mendengar suara dan pendapat mereka, saranan serta usul daripada mereka.








Program ini menerima kunjungan daripada 88 orang rakan ahli di bangunan Mercu UEM, seawal jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.  Berikut dikongsikan wajah-wajah ceria mereka yang hadir memeriahkan ..

 

Roti bakar

Antara hidangan yang disediakan sandwich tuna dan telur, salad organic serta buah-buahan.

Susu rendah lemak adalah pilihan utama selain jus buah-buahan segar turut disediakan.



Meskipun mereka saling mengenali dan bekerja di dalam bangunan yang sama, hanya tingkat yang berlainan..  Inilah kesempatan masa mereka berpeluang bertegur sapa dan bertanya khabar sesama mereka.


Peluang sarapan dan berbual dengan rakan ahli yang lain
  

  
              
Salad segar dan buah-buahan jadi pilihan
Antara hidangan lain adalah bubur nasi













Terima kasih kerana memeriahkan ...
Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga daripada AJK KSRUG anda

Nantikan sesi akan dating dengan menu sarapan sihat yang lebih  pelbagai dan istimewa..

No comments:

Post a Comment