Wednesday, 6 April 2016

Healthy Breakfast 01/2016 .. suatu permulaan tahun baru


Minda kekal cerdas dan fizikal semakin cergas bermula dengan sarapan sihat setiap pagi.

Tanggal 28 Januari 2016, Kelab telah memanaskan program dengan mewarnakan 2016 melalui program santai sambil bersarapan bersama rakan-rakan ahli melalui "Healthy Breakfast".

Program ini menerima kunjungan daripada 92 orang rakan ahli di bangunan Mercu UEM, seawal jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.








Rakan-rakan ahli turut meraikan upacara penyampaian hadiah kepada Pemenang-pemenang pertandingan Bowling antara Division yang telah tertunda berikutan masa yang tidak mengizinkan.  Group Business Development membawa pulang trofi kemenangan bersama wang tunai RM300.00 di tempat pertama, manakala Group Admin membawa pulang trofi beserta wang tunai RM200.00 dan Group Corporate Communication membawa pulang trofi beserta wang tunai RM100.00.  Turut mendapat trofi penghargaan adalah pemboling jatuhan pin terbanyak kategori wanita , dimenangi oleh Cik Norwidayah Bachok dr Group Admin dan bagi kategori lelaki ia dimenangi oleh En Mohamed Abdullah Leman dari pejabat Group MD/CEO.


 
 



Rata-rata rakan ahli Kelab berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan lebih kerap.  Program seumpama ini dirasakan memberikan ruang jalinan ukhuwah sesama rakan ahli di samping saling ingat mengingatkan sesama kita saranan kerajaan akan pentingnya penjagaan kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Semoga bertemu lagi di sesi akan datang.

No comments:

Post a Comment